LENSA dan dOt Dot doT

Lensa adalah jiwa ku......

Dec 4, 2008

Tahniah!!

Posted by ipan


Tahniah kepada kelab aadyamaatra artisukma UKM krn telah mendapat tempat ketiga di Festival Zapin Makum 2008. Walaupun terdapat pihak yg mempersoalkan kemenangan UKM tempat ketiga daripada 18 ipta yang bertanding, mereka tetap tabah dan menghormati keputusan juri. Mereka telah membawa zapin sarawak (kombinasi 2 zapin sarawak iaitu sebat dan sindang) yang dikoreo oleh Rosmalinda Abu Samah (Kak Lin).





Sinopsis Persembahan

Teruna dara menyusun tari,
Gerak disusun tetap berseri,
Zapin sarawak sama dilestari,
Tinggi nilainya tiada terperi.

Roskalas ditari gerak berselang,
Indahnya tari bukan kepalang,
Ilham dicipta sangat cemerlang,
Warisan lama kekal gemilang.

0 comments: